Debaran Mengadakan Kenduri Kahwin

Pengalaman membuat majlis perkahwinan merupakan suatu pengalaman yang agak unik terutama kepada mereka yang pertama kali melakukannya. Berdebar, takut, risau, seriau dan bermacam-macam perasaan lagi muncul dalam fikiran.
 
Orang kata, anak pertama mesti ramai orang yang datang! Eh, cukup ke makanan yang aku tempah? Musim tengkujuh (hujan) tak ramai orang! Eh, nanti ada ke orang yang datang? Jauhnya dewan tempat majlis? Eh, jumpa ke orang nak cari tempat ini nanti? Adik beradik boleh ke datang dari jauh? Jemputan aku mengcakupi semua kawan-kawan ke?
 
Seribu satu persoalan yang berlegar dalam kepala. Setiap satu persoalan perlu kepada justifikasi yang boleh menenangkan jiwa.
 
Jemputan tak perlu ramaipun kerana kita masih ramai anak untuk dibuat majlis walimahnya. Tak dijemput kali ini, mungkin dijemput pada masa yang akan datang. Yang utama ialah kita mewar-warkan perkahwinan anak kita supaya tidak akan timbul fitnah dan sebagainya.
 
Makanan yang dibuat untuk jemputan sekadar 500 orang masih berbaki untuk diletakkan di Surau Perjiranan 11, BDO. Lokasi yang agak jauh tiada masalah sekarang kerana kita ada teknologi ‘WAZE’, ‘Google Map’, dan sebagainya.
 
Aku sudahpun husnudzan jika adik beradik aku tidak datang. Dahlah mereka sudah tua, jauh pulak tu. Yalah aku anak kedua bongsu. Belah isteri, aku tidak risau sangat kerana dia anak sulong. Tetapi ‘qadarullah’ itu mengatasi pemikiran dan sangkaan kita. Kesemua adik beradik aku dan adik beradik isteri datang. Alhamdulillah!
 
Aku cukup bersyukur padaMu ya Allah! Ini semua dengan izin dan perancanganMu ya Rabb. Bonda mertuaku juga dapat datang, walhamdulillah!
 
Pengalaman kali pertama ini sungguh berharga kepadaku.
 
Perancangan asal untuk mendapatkan dewan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru tidak kesampaian kerana mereka mengatakan untuk digunakan semasa pilihanraya. Itulah akhirnya ke Rumah Abang Jamil juga perginya.
 
Akhirnya, doaku supaya Kak Long dan Abang Long menjadi suami isteri yang bahagia hingga ke syurga insyaAllah.