Alhamdulillah selesai sudah jamuan penghargaan kepada AJK Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) bertempat di Zaitunah Restaurant pada tengahari ini (6 Disember).
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua diatas jasa, usaha, tenaga, kos dan masa yang dicurah kepada AKRAB sepanjang 2 tahun ini, iaitu bagi sesi 2021-2022.
Hanya Allah SWT yang akan memberi balasan setimpal dengan apa yang telah rakan-rakan sumbangkan.
Saya bagi pihak fakulti mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua. Mudah-mudahan usaha kecil kita ini akan ada balasan sumbangan untuk akhirat kita.
Kita juga mengharapkan AJK baru nanti akan membuat perancangan dan melaksanakan program-program yang lebih baik lagi.
Sebenarnya, kita telah membuat perancangan untuk mengadakan Hari Keluarga FABU tetapi malangnya ia tidak kesampaian disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kita meninggalkan kewangan yang agak lumayan untuk AJK baru melaksanakan nanti. Jika ada bantuan-bantuan yang diperlukan, AJK lama sedia membantu.
Saya seperti biasa memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, tingkah laku serta perbuatan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, baik sengaja mahupun tidak disengajakan. Semoga Allah jua mengampuni saya.
Akhirnya, saya pohon kepada setiap AJK untuk menyediakan laporan biro masing-masing supaya kita dapat menyerahkannya kepada AJK baru yang akan dilantik nanti.
Lastly, may Allah rewards us accordingly. Aamiin, aamiin, aamiin ya Rabbal Alamin.