Maulidur Rasul di Surau Perjiranan 11

Sambutan Maulidurrasul berjaya dilaksanakan di Surau Komuniti Perjiranan 11, Bandar Dato Onn pada 5 November 2022, bersamaan 10 Rabiulakhir 1444.
 
Perayaan sambutan ini tidak mengira masa kerana cinta dan kasih sayang kita kepada Rasulullah (SAW) sentiasa di hati kita selamanya insyaAllah.
 
Sebagaimana Ustaz Halim Shah menyebut malam tadi bahawa sekiranya kita sayang kepada ayah kita, kita dapat merasakan keistimewaannya apabila kita menjumpai makanan atau apa jua yang menjadi ‘favorite’ kepada ayah kita.
 
Dan Rasulullah (SAW) amat dekat di hati kita. Ustaz menyarankan supaya kita membaca buku sirah Rasulullah SAW karangan Shaikh Sofiy Al-Rahman al-Mubarakfuri iaitu Kitab al-Raheeq al- Makhtum.
 
Kita juga membuat simbolik penyerahan tugas dari AJK lama kepada AJK baru sungguhpun penugasan saya sebagai Pengerusi Surau sesi 2020-2022 berakhir pada penghujung bulan depan.
 
Tujuannya ialah supaya masyarakat umum mengetahui bahawa saya bukan lagi Pengerusi Surau dan digantikan dengan chegu Farihin.
 
Saya juga memohon ampun dan maaf kepada tuan-tuan dan puan-puan diatas kelemahan dan kekhilafan saya sepanjang menjalankan amanah tersebut dan selebihnya saya beristiqfar memohon keampunan dari Allah SWT.
 
Semoga surau kita semakin diimarahkan dan menjadi salah satu medan dari medan-medan amal untuk masyarakat P11.
 
Terima kasih.