Sekarang musim konvokesyen. Banyak universiti telah dan akan melaksanakannya, tambahan pula apabila hendak di’qadha’kan dengan konvo yang tidak dibuat semasa PKP dulu. Maka agak panjang jugalah durasinya, maksudnya dibuat banyak hari, ada yang sampai seminggu.
Bila aku renung-renungkan, tiada satu konvopun yang kami (ahli keluargaku) pergi. Ia bermula dengan;
1) Kak Ngah (Wan ‘Atikah) di UIA
2) ‘Ammar di PUO
3) Kak Long (Wan Khairunnisa) di Cairo University
4) Abang (Wan Abdul Rahman) di Al-Azhar University
5) Aku sendiri PhD di UTM
6) Achik (Wan Ahmad LUqman) Degree di UM dan kemudian Master di UTM
7) Rasyid di UiTM
Mungkin juga kita akan mulakan mendatangi konvo dengan Rasyid kerana konvonya masih belum dipanggil.
Akupun tak pasti kenapa konvokesyen tidak menjadi salah satu agenda besar yang ingin didatangi oleh ahli keluargaku. Yang pasti aku sendiri tidak hadir ke konvo PhDku ialah kerana aku ada ‘trip’ ke luar negara pada masa tersebut.
Apa-apapun elok juga kita hadir konvo untuk memberikan motivasi kepada ahli keluarga yang lain.
Selamat berkonvokesyen kepada sahabat-sahabat dan anak-anak sahabat.