Apabila anak berkahwin, ‘part’ yang paling ‘best’ ialah perasaan ‘relief’ tentang kebertanggungjawaban kita kepada dia. Yang saya maksudkan ini ialah anak perempuanlah.
Kita merasakan seolah-olah satu bukit bebanan telah dialih dari bahu kita ke bahu si suaminya.
Dan yang tidak kurang penting juga ialah dari segi kesalasiahan yang mana akan ada kelangsungannya. Maksudnya ialah keturunan kita akan berkembang apabila kita mendapat cucu dan seterusnya.
Tidak dinafikan setiap orang tua pasti merindui untuk menimang cucu, setidak-tidaknya sebelum dia menutup mata. Perasaan keterujaan itu begitu terasa.
Kawan satu ‘GST’ saya di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, pada minggu lepas mendapat cucu pertama beliau. Nazri terus balik ke Besut untuk membawa ibunya melihat cicitnya di Perjiranan 12, BDO.
Mungkin kawan-kawan tertanya-tanya apa itu ‘GST’? Ala… Itu la Geng Sandar Tiang yang selalu duduk di belakang, terutama sekali apabila ada majlis ilmu. ‘GST’ ini agak rapat sesama mereka. Apabila ada majlis kenduri kendara, kita saling memenuhi jemputan masing-masing.
Di majlis walimah anak saya pada minggu lepas, ramai juga ‘GST’ yang datang. Ada yang siap minta bungkus nasi untuk dibawa balik lagi…
Ahli ‘GST’ kami 3 orang telah mendahului kami menemui Pencipta iaitu Haji Kamal Tukang Masak, Haji Zainal yang selalu membuat kami tak kering gusi dan Haji Tahir.
Ya Allah, Engkau tempatkanlah roh sahabat-sahabat kami ditempat yang mulia dan Engkau anugerahkan mereka dengan Syurga Firdaus.
Allahummagh Firlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu….