Hari ini (11 November), aku berjalan kaki di kawasan Eko. Ia terletak lebih kurang ’10 minutes drive’ dari rumah. Gerak dari rumah pada awalnya dirancang pada pukul 6.30am. Tetapi ‘manage’ juga bertolak sebelum pukul 7am.
Kami bertujuh menaiki ALZA.
Sampai di sini, aku menyatakan aku akan buat 2 ’rounds’. Sebabnya ialah aku tak nak banyak sebab dah lama tak berjalan. Takut ‘jammed’ ke apa…
Bila balik rumah, kami singgah di Kopitiam di Bandar Dato Onn. Kali pertama buat aku tetapi tidak buat isteri dan anak-anak. Mereka dah banyak kali datang.
Bila aku ‘check’ berapa ‘steps’ sudah aku buat, hanya 5020 dari 6000 langkah yang sepatutnya aku buat setiap hari. Hanya lebih kurang 84%.
Esok akan berjalan lagi insyaAllah.
Masa dulu-dulu sebelum boroi, selalu aje aku bersama isteri berjalan-jalan dalam kawasan rumah kami. Bila dah lama berhenti, susah nak buat semula.
Dulu pernah juga berbasikal dalam kawasan ini. Sekarang habis berkarat basikal.
Apapun, kita cubalah ‘exercise’ sikit-sikit. Bukan nak jauhkan penyakit sebab penyakit sudah ada. Cuma nak ‘maintain’ penyakit supaya tidak merebak.
Allahumma solli ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.