Alhamdulillah selesai walimatul urus perkahwinan anakku Dr Wan Khairunnisa yang berlangsung di Rumah Abang Jamil Masai. Majlis dilaksanakan hari ni dari pukul 11.30 pagi hingga pukul 4 petang.
Majlis akad nikah pula telah dibuat semalam di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, jam 5 petang.
Syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan berlaku dengan jayanya.
Alhamdulillah, keluarga aku dari Palekbang juga datang. Keluarga isteri dari Pengkalan Chepa turut hadir. Begitu juga keluarga besan dari Kuching turut hadir sama. Alhamdulillah.
Aku merasa cukup gembira kerana kakak-kakak dan adik aku yang masih ada turut hadir. Kami berempat yang tinggal setelah pemergian kakak perempuan dan 2 orang abang lelaki. Semoga roh mereka dicucuri rahmat insyaAllah.
Adik beradik isteriku semua datang kecuali Asmawi yang telah pergi menemui Ilahi.
Yang paling seronok bagi aku ialah kerana anak saudara aku dari sebelah Abang Kob (Wan Yaakob) turut datang bersama isteri dan 2 orang anak mereka. Wan Yusuf merupakan salah seorang dari 12 anak-anak Wan Yaakob Haji Wan Ismail. Terima kasih yang teramat sangat kepada Suf kerana sudi menziarahi kami.
Aku mendoakan semoga semua dari kami diberikan pahala oleh Allah SWT kerana berusaha untuk menghubungkan sillaturrahim. Aamiin, aamiin, aamiin, ya Rabbal ‘Alamiin
Jika ada rezeki kita ketemu lagi insyaAllah.