Macam-Macam Cara Untuk Menipu

Sebelum ini apabila ada berita duit lesap dari akaun, saya merasakan ia sesuatu yang agak susah berlaku dan menganggap tuan punya akaun yang alpa.
 
Hari ini, ia benar-benar berlaku di depan saya.
 
Saya sedang berusaha untuk mengisi maklumat TES buat julung-julung kalinya (keperluan majikan untuk menyiapkannya). Dan rakan saya membantu saya memaklumkan apa yang perlu diisi dan di’upload’ dan sebagainya. Sambil itu dia melihat akaunnya dalam telefon bimbit. Kan hari ini (19 Disember 2022) hari gaji!
 
Tiba-tiba, “Eh RM2800 duit saya keluar”, balasnya. “Eeh, keluar lagi duit saya RM2900”. Apa yang perlu saya buat?, tanyanya.
 
Saya cuba menelefon banknya, diapun begitu juga. Tetapi we can’t get thru.
 
Saya mengajaknya untuk ke bank dengan menaiki kereta saya sebab saya tahu di sana agak susah untuk parkir.
 
Sementara dia ke bank, saya dan anaknya menunggu di dalam kereta.
 
Sekembalinya semula, kami ke Balai Polis Taman Universiti untuk membuat laporan polis.
 
Apa yang diceritakan kepada saya adalah beliau ingin membuat pembersihan rumahnya. Beliau menanyakan rakan-rakan jika ada sesiapa yang pernah menggunakan perkhidmatan pembersihan yang datang ke rumah. Rakannya memberikan satu nombor untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
 
Kawan saya menelefon syarikat itu dan berbincang tentang harganya. Semalam kawan saya mencuba untuk memasukkan wang seperti yang dicadangkan tetapi duit tersebut tidak masuk.
 
Akhirnya hari ini 2 transaksi mengeluarkan wang dari akaunnya berlaku.
 
Astaqfirullah hal Azim….