Memanfaatkan Orang Tersohor

Sesiapa yang tersohor kita akan cuba mendampingi beliau atau setidak-tidaknya kita akan cuba bergambar dengannya. Itulah fitrah manusia sejagat…
 
Kita rata-ratanya suka menumpang kemasyhuran seseorang apatah lagi seseorang itu menjadi idola manusia lain. Tujuannya ialah suatu hari nanti, kita juga akan termasyhur.
 
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Rasulullah SAW adalah idola setiap insan semesta alam, baik mereka yang beragama Islam mahupun yang belum beragama Islam. Rasulullah SAW menjadi obor penyuluh dan penerang kepada semesta alam.
 
Kita amat-amat berharap agar suatu hari nanti Rasulullah (SAW) akan memberi syafaat kepada kita.
 
Itulah doa dan pertolongan yang diminta kepada beliau apabila kita di alam kubor nanti. Tiada siapa yang boleh memberi bantuan kepada kita selain dari mu ya Rasulullah!
 
Bantulah kami!