Pantun Seloka…

Sekarang ini banyak cerita,
Apa yang dibuat semua tak kena,
Janganlah begitu wahai pemberita,
Usahlah kita meruntuh yang sudah terbina
 
Aku bukan budak skema,
Jauh sekali pengadu domba,
Perbuatan itu jijik di sisi agama,
Marilah kita hidup sebagai hamba
 
Rumah sudah siap dibina,
Pahatpun berbunyilah buat seketika,
Semua yang dibuat tiada yang kena,
Kenapa begitu kita menyangka
 
Aku mendidik anak bangsa,
Ada Melayu, India dan Cina,
Tiada diskriminasi aku rasa
Supaya mereka hidup sempurna
 
Ali, Ramasamy dan Tong Seng itu cerita
Masa sekolah rendah kita amati
Supaya kita tidak sengketa
Sesama bangsa kita hormati
 
Berilah mereka lima tahun
Bangunkan negara semaju mungkin
Jika mereka tidak membangun
Kita pilih parti lain
 
Ikan keli ikan seluang
Dijemur kering di atas para
Berilah mereka sedikit peluang
Agar berjaya membina negara
 
Saban minggu kita diperingatkan
Atiullah waatiurrasul waululamriminkum
Marilah kita mengikut ajaran Tuhan
Taati Allah dan Rasul serta Pemerintah kaum
 
Berakit ke hulu Desa Palma
Kita menunggangi sebuah bahtera
Usah dilagai kaum dan agama
Semoga negara aman sejahtera