Sahabat Menziarahi Saya

 
Hj Wan Abdul Rashid datang menziarahi rakannya di Johor Bahru pada hari Ahad (18 Disember 2022) pukul 5.30 petang.
 
Aku mula mengenali Hj Wan Abdul Rashid pada tahun 1977, apabila kami sama-sama mendapat tawaran untuk ke Tingkatan 1 Rancangan Khas di Sekolah Menengah Tumpat.
 
Walaupun kami bersekolah rendah di sekolah yang sama tetapi kami tidak pernah bersua. Bangunan yang sama tetapi sekolah lain-lain.
 
Hj Wan Abdul Rashid di Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Laut manakala saya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Kg. Laut. Wan Rashid belajar sebelah pagi manakala saya di sebelah petang.
 
Aku bersyukur kepada Allah kerana mendapat tetamu yang tidak diduga. Sebenar Haji Wan Rashid menelefon aku sebelum pukul 1 tadi untuk mengajak aku makan tengahari tetapi aku masih dalam kelas.
 
Walau apapun, alhamdulillah semoga ada barakahnya diatas pertemuan ini.
 
Allahumma salli ala Muhammad, Waala aalihi Muhammad…