Melihat kepada perbincangan dalam mesyuarat jabatan pada 20 Disember agak baik juga.
Isunya adalah ada sesetengah pensyarah mempunyai 12 orang pelajar PhD, ada yang 6 orang, ada yang 5 dan ada juga yang tiada pelajar PhD. Itu tidak termasuk lagi pelajar ‘master by research’. Sesetengahnya mungkin 8 orang pelajar PhD dan 3 orang pelajar ‘master by research’.
Pada aku, rata-ratanya pensyarah muda ‘follow example’ pensyarah tua. Kalau dulupun begitu maka sekarangpun begitulah.
Pandangan yang mengatakan ada ke masa untuk ‘supervise so many students’ dengan secara berkualitipun betul juga. Tetapi ‘do they care about it?’ Yang penting adalah aku mempunyai ramai ‘post-graduate students’!
Begitu juga isu promosi. ‘Well, do we have plan for this?’ Engak ada. Aku susah nak dapat promosi, engkaupun pandai-pandailah sendiri. Mentor-mentee hanya sekadar retorik. Tiada siapa peduli.
Yang penting masing-masing tahu siapa yang dia boleh dikudakan. Oh pensyarah ini kita boleh lantik jadi panel penilai, dia baik-baik aje. Tiada yang akan digagalkannya…
Pada aku, itu hak masing-masing. Kalau engkau mahu ‘share’ boleh aje, engkau tidak mahu ‘share’pun boleh juga. Atau kita ‘share’ sesama ‘group research’ kita ajelah…boleh juga.
Semua terletak kepada diri engkau sendiri.
Buatlah apa yang engkau suka…