Terkeluar Perkataan Kesat…

Semalam saya berkereta dengan kawan (bekas pelajar saya) untuk ke Taman Universiti.
 
Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, ada sebuah kereta dari ‘lane’ sebelah kiri memintas ke depan kereta yang berada paling depan untuk membelok ke kanan.
 
Saya berkata secara berseloroh, jahat kereta itu!
 
“Kenapa Dr berkata macam itu?”, tanya kawan saya. “Dr seolah-olah berdoa dia jadi jahat”, sambungnya lagi.
 
“Mungkin dia tersalah ‘lane’ dan sebenarnya ingin ke kanan?”, tegasnya lagi.
 
“Kalau saya yang tersalah ‘lane’ itu, tak kesian ke Dr berdoa macam itu kapada saya?”, tambahnya lagi.
 
Saya hanya mampu berdiam seribu bahasa diatas keterlanjuran perkataan saya tadi.
 
Sebenarnya aku tidak menyangka yang rakan sejabatan aku berkata demikian. Sungguh luhur hatinya…
 
Aku teringat tentang sebuah cerita di dalam buku 7 habits dimana diatas tren, ada seorang bapa yang membiarkan 2 orang anaknya bermain-main sehingga boleh mengganggu penumpang lain.
 
Mungkin para penumpang lain akan berkata dalam benak hatinya, kenapa ayah ini tidak memarahi anak-anaknya yang kurang sopan itu?
 
Setelah sekian lama, bapa itu bersuara kepada para penumpang, “Saya memohon maaf diatas kelakuan anak-anak saya. Kami baru balik dari pengkebumian emak mereka”.
 
Apabila penumpang mendengar luahan hati bapa anak-anak tersebut maka mereka lebih boleh menerima kelakuan mereka…