Majlis Kesyukuran Hj Shaari

Menghadiri Majlis Kesyukuran Hj Shaari di Taman Setia Indah, Johor Bahru. Beliau mengadakan Majlis Kesyukuran ini kerana mendapat menantu.
 
Budaya orang Kelantan, apabila mereka membuat majlis kesyukuran, mereka tidak mengharapkan orang yang datang memberi apa-apa sumbangan. Hanya jemputan untuk datang makan sahaja.
 
Dengan kata lain, tidak ada salam kaut atau tidak ada duit ngele
 
Semua yang hadir hanya menikmati juadah yang disediakan.
 
Ini bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar yang menggalakkan supaya kita memberi orang makan.
 
Kalau ada juga orang yang hendak memberi sumbangan, pihak tuan rumah menerima aja sumbangan tersebut. Jangan pula kerana isu sumbangan maka berkelahi pula si tuan rumah dengan si tetamu.
 
Habis majlis untuk minggu ini, minggu depan ada lagi majlis perkahwinan dan majlis aqiqah insyaAllah.
 
Aku tambah sikit lagi tentang macamana saya boleh rapat dengan Tn. Hj. Shaari…
 
Bila kita sudah berusia, tempat yang menjadi kunjungan tetap ialah Masjid. Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn menjadi tempat perkenalan saya dengan Hj. Shaari.
 
Beliau berasal dari Kg. Air Dingin dan sebelum itu beliau tinggal di Kg. Kelong. Saya pula berasal dari Palekbang. Kata orang jarak diantara Air Dingin dengan Palekbang hanya sepelaung saja.
 
Bila kita mempunyai bahasa percakapan yang sama lagi mudah untuk menjadi rapat. Dalam gambar ini, ada seorang lagi kawan iaitu Nazri, yang juga saya dikenali di MSI. Beliau berasal dari Besut.