Kurang Berintegriti…

Pelajar yang ‘scan’ kod kedatangan tetapi dia sebenarnya tidak hadir pada minggu lepas telah saya sekolahkan tadi.
 
“Awak sudah di tahun akhir, dah nak ‘graduate’ pun, kenapa awak buat macam ni?”, soal saya apabila pelajar tersebut datang menjumpai saya pagi tadi.
 
“Apabila awak kerja nanti, awak tak hadir tetapi awak ‘scan’ awak hadir, apa akan jadi pada awak?”, tambah aku lagi.
 
“Saya jamin awak akan dipecat oleh majikan awak! Kerana tiada integriti…”, celahku lagi.
Harap-harapnya dia faham.
 
Manusia belajar dalam kehidupan melalui pelbagai cara. Ada secara mudah dan baik dan ada juga secara ‘hard way’.
 
Yang penting dia ‘learnt’ dia punya ‘lesson’ dan tidak mengulanginya lagi dalam kehidupan masa depan.