Peristiwa Berlaku Pada Hari Terakhir 2022

 
Pada hari terakhir 2022, ada beberapa perkara yang aku lakukan; ada yang dirancang dan ada yang tidak dirancang.
 
Pukul 11 pagi tadi, aku dan isteri memenuhi jemputan Saudara Hamali untuk menghadiri majlis aqiqah anaknya.
 
Kemudian kami menunaikan solat zohor di Masjid Sultan Ismail (MSI) di UTM.
 
Seterusnya kami memenuhi undangan majlis walimah anak Tn. Hj. Ansar di Kolej Perdana.
 
Seterusnya aku ke Sedap Corner di belakang Hotel Tistle Johor Bahru untuk menemui Dr. Abdul Halim dan Dr. Saadon. Ini yang dikatakan program yang tidak dirancang.
 
Aku tidak mengenali Dato’ Dr. Abdul Halim Yusof yang merupakan Consultant Orthopaedic dan Spine Surgeon yang berkhidmat di Hospital Pakar An-Nur. Dia yang whatsApp aku dan mengatakan ingin berjumpa. Dr. Halim mendapat nomborku dari Ar. Nazri Ismail.
 
Setiba aku di Sedap Corner, aku berjumpa juga dengan Dr. Saadon iaitu Pakar Orthopaedic di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru yang berada bersama Dr. Halim.
 
Dengan kata lain, pada hari ini aku berkenalan dengan 2 orang kawan baru yang tidak pernah aku kenali… Orang tua juga ada berkata berkawan biar ramai dan musuh jangan dicari.