Hendak bercerita bahawa aku pernah menaiki kereta Porche.
Sebelum ini hanya menaiki kereta Mercedes Ar. Nazri aje tetapi semalam dia bawa Porche. Siap mempelawa kalau aku hendak merasai membawa kereta tersebut.
Dia mempunyai 7 buah kereta.
Saya memaklumkan kepadanya perasaan untuk membuat atau membawa benda baru dah tidak menjadi keinginan bila kita di usia hampir pencen.
Pertama, kita punya ‘alertness’ dah berkurang. Takut terhantuk kereta itu kat mana-mana.
Kedua, perasaan ingin ‘test drive’ sudah berlalu pergi sebab kita merasai lebih suka menjadi penumpang dari menjadi pemandu.
Nazri dia masih suka bawa kereta laju… ‘but at calculated risk’.
Walaupun aku tidak membawanya tetapi aku merasai menaiki kereta Porshe.
Setelah makan tengahari di Restoren Ayam Kampung A. Hassan di USJ, Nazri menghantar saya ke MK Land di Damansara Perdana bagi tujuan menyelia pelajar.
Dan beliau berlepas ke Kedah bagi upacara penyerahan hospitalnya kepada pihak kerajaan.