Menjumpai Kawan Lama

Saya sempat menziarahi Timbalan Ketua Pengarah JPPH di Putrajaya.
 
Pn. Hajjah Rosninawati Ngah adalah mantan pelajar saja sekitar tahun akhir 1990an apabila beliau menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah.
 
Sebenarnya saya, isteri dan Pn. Hajjah Nina adalah kawan sekelas semasa kami di Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu dulu.
 
Kami di tingkatan 4 Bangunan 1 pada tahun 1980 dan 5 Bangunan 1 pada tahun 1981.
 
Pn. Hajjah membelanjakan kami ‘lunch’ di Secret Recipe Putrajaya. Didoakan semoga Pn. Hajjah Nina sihat sejahtera dan selamat dunia akhirat.