Menyelia Pelajar Membuat Latihan Industri

Pada 11 dan 12 Januari, aku menyelia pelajar-pelajar yang membuat Latihan Industri (LI) di sekitar Petaling Jaya, Putrajaya dan Subang Jaya. Empat orang pelajar kesemuanya. Pagi satu dan petang satu.
 
Mereka adalah Haziq, Mariam Jamila, Anis Salwa dan Amir. Mereka merupakan pelajar-pelajar SPACE kursus LAD yang membuat LI di PLANMalaysia, MKLand dan sebagainya.
 
Alhamdulillah, selesai tanggungjawab menyelia mereka.
 
Mudah-mudahan mereka berjaya hingga bergraduat. Masing-masing tinggal satu atau 2 subjek lagi yang perlu diselesaikan.