Lawatan Menteri Ke UTM

Kedatangan rombongan Kementerian Pendidikan Tinggi ke UTM hari ini.
 
YB Menteri, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan bahawa pada masa beliau menjadi Menteri Pengajian Tinggi kali pertama dulu sekitar tahun 2010, UTM mendapat pengiktirafan sebagai ‘Research University’.
 
 
Kita pula datang sebagai TYDP Persatuan Kakitangan Akademik (PKA) UTM. Kita bersama dengan YDP, PM Dr. Abd Rahman Tamuri.
 
Apapun nampak YB Menteri seronok melawat ‘booth’ yang ada yang mempamerkan hasil penyelidikan UTM.
 
Antara intipati ucapan beliau ialah beliau berbangga dengan UTM sebagai rakyat Johor. Beliau tidak begitu ‘keen’ dengan ‘ranking of the university’ tetapi apa yang dihasilkan oleh universiti untuk kegunaan rakyat dan masyarakat adalah lebih utama dan lebih bermakna.
 
Pada hari ini juga, 6 Februari 2023, bermulanya Peperiksaan Akhir UTM bagi semester 1, sesi 2022/2023.