Anak Saudara Dan Cucu Saudara

Kedatangan anak saudara dan anak-anaknya ke rumah beberapa hari lepas. Hanya sempat menyediakan keropok lekor goreng dan pau kacang.

Anak dan cucu kakak aku.

Masih teringat jasa kakak aku memelihara aku selama 2 tahun. Semasa aku di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu. Menumpang rumah kakak aku di Lorong Che Majid, Wakaf Siku.

Makan, minum, duit sekolah, yuran dan sebagainya, semua ditanggung oleh kakak aku. Jasanya sungguh besar bagi aku.

Malam tadi jemput sekali lagi untuk makan malam.

Walaupun jemputan selepas maghrib tetapi mereka datang selepas Isya. Katanya penat membantu mangsa banjir di Batu Pahat menerusi NGO i-kasih.

Alhamdulillah.

Keropok Lekor dan Pau Kacang
Makan Nasi