Malang Tidak Berbau

Sebelum saya pergi ke Majlis Ramah Mesra Koperasi UTM Berhad pada hari Khamis, 9 Mac lepas, ternampak lori ini terpelosok bawah rumah kedai.
 
Katanya brek lori tak makan.
 
 
Itulah kadang-kadang, ada perkara yang tidak kita sangka berlaku semena-mena. Ia sudah pasti untuk menguji kesabaran kita. Dan juga menguji kesabaran orang lain yang ditimpa musibah celaka.
 
Intipatinya adalah adakah kita bersabar atau kita mengeluarkan kata-kata yang menghina.
 
Sekarang ini ramai yang menghina kerajaan. Apa yang dibuat semua tak kena…
 
Pada saya, inilah kerajaan yang terbaik! Ada kekurangan sana sini biasalah, kerajaan perpaduan (campuran). Mana ada kerajaan ‘perfect’?
 
Cuba kita buka minda dan melihat ke hadapan. Bagaimana hendak kita bantu negara supaya hutang negara berkurangan?
 
Kita tengok apa yang dibuat kerajaan sekarang ialah mereka bersungguh-sungguh untuk mengurangkan defisit negara. Kalau mereka yang terdahulu, mereka pentingkan pendapatan mereka berbanding pendapatan negara.
 
Berilah mereka mentadbir dan memerintah negara selama 5 tahun. Tengok kejayaan dan pencapaian mereka…
 
Lepas itu, kalau hendak tukar, tukarlah…