Ziarah Rumah Kak Long

Hari ini kali pertama aku ke rumah sewa kak long. Nampak sama dengan rumah PRIMAku di Cyberjaya.
Mungkin juga rumah inilah yang PRIMA ‘offer’ aku untuk ditukar dulu.
 
Mula-mula PRIMA offer untuk ditukar rumah di Cyberjaya dengan rumah teres 2 tingkat di Pasir Gudang, aku menolak. Kemudian dia offer pula untuk ditukar dengan rumah pangsa di Tebrau, aku juga menolak.
 
Kak long berpindah dari rumahku pada bulan Disember 2022 yang lepas. Berkahwin di penghujung November dan terus berpindah selepas itu.
 
Isteri dan anak-anak yang lain sudah sampai ke rumah kak long sebelum ini. Aku aje yang belum. Biasalah bapa…
 
Tetapi kasih sayang bapa tetap sama, apatah lagi kak longlah yang membuka sinar kebahagian keluarga kita. Kehadiran kak long pada tahun 1990 begitu menceriakan suasana.
 
Walaupun perkahwinan kami bermula seawal tahun 1988 tetapi Ma keguguran beberapa kali. Perancangan Allah yang mengetahui kedudukan kewangan kami.
 
Kak long bersama aku dan isteri semasa di USM Pulau Pinang. Menyewa bilik di rumah mamu di jalan Masjid Negeri.
 
Aku doakan semoga Kak Long dan Abang Long Hamirul sentiasa didalam redha Allah dan dirahmati di dunia mahupun di akhirat.
 
Aamiin Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamin.