Cempedak nangka, buah yang kedua… Buah yang pertama telah selesai dimakan pada minggu lepas, alhamdulillah.
Ini adalah hasil tanaman isteri di tepi rumah. Agak lama juga untuk berbuah, mungkin sekitar hampir 10 tahun.
Apa-apapun apabila kita yang menanam, kita yang menjagainya serta melihat pembesarannya maka nun disudut hati ia berkata, kau kurang manis ke, isi tak tebal ke, namun engkau tetap pujaan hatiku. Engkau lahir hasil tangan isteriku.
Kesayangan kita kepada hasil tangan sendiri begitu meruap-ruap, jauh sekali kita ingin membencinya. Jika ada kekurangan di sana sini, kita cuba menutupi atau melindunginya.
Hai nangka,
Hai cempedak,
Apa kau hendak,
Telah ku sangka.
Hai nangka,
Hai cempedak,
Apa yang aku sangka,
Itulah yang kau hendak.
Kita bersyukur kerana rezeki kita dikurniakan Allah dan sesungguhnya kita sentiasa berdoa agar rezeki kita diberkati Allah.