Alhamdulillah. Syukur kita kepada Allah SWT kerana masih diberi pinjaman nafas untuk terus mengabdikan diri padaNya.
Semalam sesiapa yang berupaya berpuasa telah memulakannya. Disambung pula dengan berpuasa hari ini iaitu pada 10 Muharram. Pahalanya begitu besar yakni diampuni dosa oleh Allah bagi setahun yang lalu.
Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn telah menyantuni para muslimin dan muslimat sejak hari semalam dengan menyediakan juadah berbuka puasa.
Pada pagi ini pula, ia bermula dengan qiamul-lail seawal 3.50 pagi, kemudian disusuli dengan bersahur, solat Subuh dan ceramah/kuliah Subuh.
Alhamdulillah, ramai juga mereka yang berqiamul-lail, dalam 2 saf MSI. Juadah sahur juga agak mewah seperti bersahur di bulan Ramadhan. Menunya adalah nasi puteh, kari ayam, sambal belacan, sayur kobis, telur sambal, mee hoon, roti canai berkuah dal atau kari ikan, air teh tarik, air kordial oren serta air mineral.
Acara 10 Muharram Di MSI, BDO
Posted on July 28, 2023 ·