Pelajar-pelajar tahun akhir menghantar Projek Sarjana Muda (PSM) sebelum pulang ke kampong ‘for good’. Mereka mengenali saya secara dekat selama lebih kurang setahun semasa membuat PSM1 dan PSM2.
Nor Aqmal akan pulang ke Perak, Syazwani akan pulang ke Marang, Terengganu manakala Hakam akan balik ke Pasir Gudang.
Mereka membelanja saya makan di Impiana Hotel. Walaupun belum bekerja tetapi mereka melahirkan rasa penghargaan dengan cara mereka yang tersendiri.
Semasa di Impiana, saya terserempak pula dengan chegu Kak Ani, isteri En. Ngadiso Darus jiran semasa di Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS). Kak Ani bersama adiknya, Norasyikin, Afifah dan seorang kanak-kanak (mungkin anak Syikin).
Apa-apapun pesanan saya kepada pelajar-pelajar adalah yang pertama jangan tinggal solat. Kedua, jangan memilih kerja. Ketiga, selalu bertanya khabar ‘parents’. Keempat, hulurkan wang ringgit kepada mereka walaupun sedikit. InsyaAllah ada keberkatannya. Kelima, cepat-cepat kahwin. Jangan tunggu lama-lama. Solat dan amal ibadat kita akan lebih sempurna InsyaAllah apabila kita telah berkahwin.
Keenam, yang masih belum daftar TH untuk menunaikan fardhu haji, ‘please do so as soon as possible’. Ketujuh, wajib ada simpanan ‘for an emergency, at least 10% of your salary’.
All the best guys!