Hari ini, 30 Julai 2023 kami sama-sama berkongsi pengalaman untuk membuat penulisan dalam webometric untuk mendapat markah bonus 5% dalam e-Lppt.
Kami seramai 14 orang sama-sama menulis buat julung-julung kali. Kita merasa sungguh teruja kerana bilangan yang ‘confirmed’ pada masa pendaftaran hanya 5 orang tetapi semalam Pengarah Real Estate Department memaklumkan ada pertambahan kepada 8 orang dan hari ini kita ada 14 orang. Alhamdulillah!
Pada saya yang penting ialah kita dapat berkongsi pengalaman dan insyaAllah hasil perkongsian ini akan menjadi bekalan akhirat saya.
PM Dr Rubiah Suratman ada memaklumkan bahawa untuk pensyarah yang memohon kenaikan pangkat, webometric ini akan diambilkira untuk melihat visibility kita.
Akhirnya, saya mengharapkan sharing session ini akan menambahkan pengalaman rakan-rakan dalam penulisan tuan-tuan dan puan-puan.