Semalam semasa ‘breakfast’, aku ditanya kawan, dapat APC tak? Dia tanya aku kerana dia tahu aku mendapat markah 100% dalam e-lppt pada tahun lepas (2022). ‘To be exact’ aku mendapat 107%.
Aku kata tak dapat surat apa-apa pun. Dia kata dia mendapat surat. Alhamdulillah, rezeki untuk kawan aku tadi.
Aku pernah juga sekali seumur hidup mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2002, iaitu selepas 7 tahun berkhidmat di UTM. Ingatkan pada tahun 2022 iaitu selepas 20 tahun akan dapat sekali lagi kerana mendapat markah 100% yang cukup tak masuk akal.
Alhamdulillah, ‘at least’ kata orang merasa juga APC walaupun tak banyak kali. Setakat itu rezeki kita. Syukur ajelah…
Allah SWT memberi rezeki kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan menarik balik rezeki dari sesiapa yang Dia kehendaki! Itu kebesaran Allah yang wajib kita percayai, insafi dan syukuri serta taati.
Kitapun selalu dengar orang bercakap rezeki tidak salah alamat! Jika dapat alhamdulillah dan jika tidak dapatpun alhamdulillah juga.
Cuma manusia ni; nafsu, perasaan, geram sentiasa ada. Kita yang mengawal mereka dan bukan mereka yang mengawal kita maka seharusnya kita itu sebagai manusia beriman boleh menerima hakikat rezeki tahun ini rezeki orang dan bukan rezeki kita.
Noktah!