Kalau kita tak bercakap pasal PRN sehari dua ni maka amat naiflah kita. Mungkin juga kita rasa kita tak layak untuk bercakap… Mungkin juga kita merasakan bahawa apa aku peduli, ‘life goes on’ aje.
Cuma pada saya, elok sangat kita sahut saranan Yang di-Pertuan Agong supaya kita menyokong kerajaan perpaduan. Kalau di peringkat Persekutuan adalah Kerajaan Perpaduan maka di peringkat negeripun eloknya juga Kerajaan Perpaduan. Ia memudahkan komunikasi, penyaluran sumbangan, percambahan idea dan sebagainya.
Kedua, cuba kita tengok dari segi pelantikan menteri. Kalau dulu dilantik sehingga 70 orang tetapi sekarang hanya 28 orangpun sudah boleh tadbir negara. Langkah jimat cermat begitu terserlah!
Ketiga, pelabur asing ramai yang ingin melabur di Malaysia kerana mereka melihat kerajaan kita begitu stabil. Malaysia mencatat sejumlah RM264. 6 bilion (AS$59.9 bilion) pelaburan yang diluluskan melalui 4,454 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama (diambil dari akhbar).
Keempat, keadaan negara yang harmoni dan aman damai dan dapat dibendung dari malapetaka yang tidak baik.
Kelima, penjagaan kepada agama Islam yang lebih sempurna dan menjauhi ekstremisme.
Keenam, peningkatan kepada peluang-peluang pekerjaan. Banyak peluang pekerjaan terjana disebabkan pelaburan asing mahupun pelabur dalam negara.
Ketujuh, ‘feeling good factor’ yang menjadikan kita tenang dan tidak resah. Kalau kerajaan kerap bertukar kita tak ada kerja lain hanya untuk berpolitik 7 hari seminggu.
Kelapan, kerajaan persekutuan ingin menaikkan gaji kakitangan kerajaan dalam masa beberapa bulan lagi. Gaji yang setimpal dengan kenaikan harga barang adalah penting untuk peningkatan ekonomi negara.
Banyak lagilah kalau hendak disenaraikan tetapi setakat itulah dulu.
Memang kita semua mempunyai pendapat yang berbeza tetapi berfikirlah dengan waras dan jauhilah dari beremosi membuta tuli.