Hari ini aku bersama isteri pergi ke majlis walimatul urus Ajak, kawan aku masa sama-sama belajar di Louisiana dulu. Anak perempuannya kahwin.
Yang sedihnya, kawan saya Ajak (A Razak Awang) pagi semalam sakit dada dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Ismail (HSI). So, hari ini majlis berjalan tanpa bapa pengantin di sisi.
Didoakan semoga Ajak kembali sihat seperti sediakala.
Satu meja semasa makan dengan saya dan isteri tadi adalah Pn. Suhailah atau Suhaibah (kurang pasti), suami dan anak perempuannya. Satu ‘couple’ lagi juga bernama Pn. Suhailah bersama suami dan seorang anak perempuannya juga.
Pn. Suhailah atau Suhaibah yang pertama bekerja di Takaful Malaysia, Setia Tropika bersama Che Din Che Din, kawan saya.
Semasa saya berkenalan dengan suami Pn. Suhailah/Suhaibah, Pn. Suhailah/Suhaibah yang seorang lagi menegur saya. “Dr. Wan menemubual saya semasa permohonan kemasukan anak saya ke Sekolah Hidayah!”
Kemudian Allah mengembalikan ingatan saya kepada sesi temubual tersebut dimana kedua suami isteri amat berharap anaknya mendapat tempat di Hidayah.
Saya pula yang bertanya kepada suami Pn. Suhailah/Suhaibah yang mana saya teringat yang beliau menyatakan bahawa beliau adalah dari Jabatan Pendidikan dan ingin menyumbang kepada pihak sekolah jika anaknya terpilih.
Suaminya agak terkejut kerana saya boleh mengingatkan beliau dan dimana beliau bekerja.
Saya tercari-cari juga siapa lagi yang saya kenal tadi tapi tiada siapa lagi kerana rata-ratanya kawan Ajak dari EC.
Tempat majlis tadi, saya rasa adalah terbaik kerana selesa untuk makan dan selesa untuk solat bila masuk waktu. Alhamdulillah.
Semasa aku datang dulu waktu anaknya meninggal, di surau berhampiran dengan rumahnya.
Sekali lagi ‘speedy recovery’ buat sahabatku Ajak.