Dimana level pertimbangan kita? Bolehkah kita berfikir dan membuat keputusan sendiri? Atau kita masih berharap orang lain untuk berfikir dan membuat keputusan untuk kita?
Kadang-kadang pada hemat saya, ia lebih cenderung untuk menyatakan bahawa itulah level kita, orang lain tolong fikirkan untuk kita dan seterusnya orang lain juga membuat keputusan untuk kita.
Ini juga adalah kerana kita ‘takut’ untuk mengambil tanggungjawab. Nanti aku akan dipersalahkan.
Biar orang lain yang pilih jalannya! Nanti bila tersalah orang lain yang salah dan bukan aku! Walaupun ini berkaitan dengan hidup aku.
Kita perlu sedar bahawa kita hidup ini bergantung ‘solely’ kepada Allah dengan usaha kita sendiri.
Tiada orang lain boleh merubah atau meningkatkan kualiti kehidupan kita. ‘Yes’, kita kena berani untuk ‘make our own judgement and hold onto it. No matter what’.
Orang lain tak boleh membuat keputusan untuk kita. Hidup mereka dan hidup kita berbeza.
Kita kena berani yang berasas bukan berani secara bodoh. Kita kena pandai membuat perkiraan. Sesuatu keputusan ‘must be on calculated risk’ dan bukan secara ‘toka’.
Orang Kelantan bila mereka hentam saja, mereka kata toka. Toka itu sepatutnya tawakal dan ia sepatutnya diserahkan kepada Allah setelah segala usaha telah dibuat yang terbaik.
Fikir-fikirkan…
Kita juga mempunyai landasan untuk membuat pertimbangan.
Yang pertama ialah agama, adakah ia dibenarkan oleh agama kita?
Kedua, kita mempunyai perlembagaan negara yang wajar kita hormati.
Ketiga, ia berkaitan sosio-budaya kita. Adakah ia sesuai dengan adat resam pelbagai kaum di negara kita?
Akhirnya, cubalah mengambil tanggungjawab!
Hidup ini ‘real’ dan pasti akan dipertanggungjawabkan. Adakah kita ke neraka atau ke syurga?