Beberapa perkara yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ini… Mungkin ia sebagai ulasan atau ia sebagai pengajaran.
Yang pertama, saya hormat Dan kerana melayani ayahnya, Ed dengan begitu baik sekali. Tidak dilayan seperti budak-budak tetapi dengan penuh hormat sebagai bapa.
Kalau kitalah ya, apabila ayah telah lupa segalanya mungkin kitapun melayaninya juga seperti orang luar yang tak pernah kita kenal?
Dan berusia 55 tahun dan telah berpencen menegaskan bahawa dia tiada masalah untuk ayahnya yang telah tinggal bersamanya selama 2 tahun dan terus tinggal di rumahnya.
Disamping Dan, Mark, Danielle serta 3 orang anak Edwards L. Salinger sanggup bersama-sama menjaga bapa mereka. Danielle, anak perempuan tahu makanan kegemaran ayahnya iaitu Burritos Bowl dan dibeli dari kedai yang tersohor, Chipotle.
Dan menceritakan dengan sopan yang mana ayahnya telah menjual rumah dan menyimpan duitnya di dalam bank. Dan juga menceritakan mereka tinggal di Bandar Elk Grove, California.
Mungkin pada kita, cerita-cerita begini tidak perlu tetapi pada Dan, itulah cara dia menyantuni bapanya. Menerangkan sambil menjelaskannya.
Ed pula rasa bersalah tinggal free bersama Dan sedangkan dia ada duit di bank. Ed rasa bertanggungjawab untuk ‘share the burden’.
Dan juga berkali-kali menegaskan bahawa itu yang sepatutnya berlaku, si bapa berada di rumah anak-anak mereka tanpa perlu dibayar apa-apa. ‘It’s ok, you’re going crazy in your family’s house’, jelas Dan kepada Ed.
Satu lagi ulasan yang tidak ada kaitan dengan cerita ini tetapi ia ada bekas di hati saya.
Ia adalah baju yang dipakai oleh Edwards.
California State Polytechnic University, Pomona merupakan salah satu universiti yang saya recce dari Azusa sekitar tahun 1983 dulu.
Saya ditahan polis kerana kereta yang saya pandu di kampus tersebut telah terumpil road tax pada tahun tersebut. Sticker bulan dan tahun biasanya ditampal pada plat nombor kenderaan kita.
Satu lagi Cal Poly di California ialah California Polytechnic State University San Luis Obispo.
Akhirnya sebagai penutup, mungkin juga pihak ‘local authority’ atau kerajaan negeri boleh ‘consider’ untuk membina ‘co-housing’ bagi ‘elderly’ yang masih sihat.
Malaysia menjadi negara tua pada tahun 2030 dengan penduduk yang berusia lebih 60 tahun sebanyak 15.3%.