PMX melaung-laungkan supaya kita melawan anasir jahat rasuah. Dari dulu lagi semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau begitu menegaskan untuk melawan rasuah. Sekarang apatah lagi setelah menjadi orang nombor 1 negara…
Kita semua tahu bahawa dalam agama Islam amat disanggah amalan rasuah ini kerana ia merosakkan sistem sesebuah institusi. Orang yang memberi dan menerima rasuah sangat dikeji dalam Islam.
Kita mengetahui bahawa apa yang cuba dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim tidak mudah. Terlalu banyak ranjau dan duri yang perlu dihadapi kerana ia telah menjadi darah daging bagi sesetengah manusia. Kita mencuba untuk membuang pekung yang sudah berkudis, bernanah dan begitu membusuk dari kehidupan kita.
Masalahnya semua pihak yang pernah mendapat hasil dari sistem ini akan memarahi kita. Kerana apa? Kerana kita ingin menutup jalan ‘easy money’ mereka. Itulah cara mereka untuk mendapatkan extra a few ringgit and sen.
Cara untuk melawan rasuah tidaklah sesusah kita melawan najis dadah. Berapa lama usaha kita untuk membenteras dadah? Berapa kerasnya hukuman yang dikenakan kepada mereka yang mengedarnya? Apakah sudah berjaya walaupun hukumannya gantung sampai mati?
Kita perlu memudahkan segala urusan kerja. Kita perlu memaklumkan di pejabat-pejabat tentang prosedur sesuatu urusan dilakukan. Tujuannya ialah supaya masyarakat umum tahu apakah yang perlu dibawa apabila berurusan dengan Pejabat Tanah, sebagai contoh.
Yang menjadi masalah ialah apabila seseorang itu tidak mengetahui apa yang diperlukan dan sebagainya? Untuk menyenangkan kerja supaya tidak perlu datang 2-3 kali maka di sinilah akan berlaku proses hulur menghulur itu.
Dan yang paling menyedihkan ialah ia berlaku dalam semua ‘walk of life’, baik dikalangan orang kaya mahupun rakyat marhain biasa.