Banyak perkara yang kita buat tetapi tidak bermakna kita yang paling mahir atau pakar dalam bidang tersebut. Beberapa minggu lepas, saya membuat kelas webometric untuk kawan-kawan yang ada masa untuk mendengar celoteh saya. Ada dalam 13 orang yang hadir.
Kemudian datang seorang pelajar saya Luqman Hilmi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan blog. Beliau bertanyakan bagaimana untuk kita ‘design’ muka depan atau apa yang dipanggil sebagai ‘theme’.
Di muka hadapan, macam-macam kita boleh letak. Kita boleh letakkan biografi, resume, bilangan pelajar post-graduate, thesis, gambar kita dan sebagainya. Cuma semasa saya guna dahulu, UTM telah masukkan segala mak nenek dalam kita punya ‘frame’ yang diabadikan dalam wordpress. Kita terus ‘install’ aje dan dia terus ada segala widgets yang diingini.
Hari ini saya membawa Luqman Hilmi, pelajar tahun akhir LAD untuk mempelajari selok belok ‘accessories’ untuk menambahbaik blog kita. Tuan yang memberikan masa untuk mengajari beliau ialah En. Mohd Fuad Mohamed Yusof, Timbalan Pustakawan, UTM.
Banyaklah perkara tentang ‘widgets’ yang diterangkan beliau.
Luqman datang bertanya kepada saya. Prinsip saya mudah aje, kalau saya tidak tahu saya akan membawa kepada orang yang lebih tahu untuk menjelaskannya.
Dengan cara ini, pahala akan berterusan dan kita yang membawa kepada pakar tersebut juga akan meraih pahala juga.
En. Mohd Fuad juga pernah menjadi juara pertandingan webometric UTM, peringkat individu, suatu masa dulu.
Terima kasih Tuan Fuad kerana membantu pelajar saya.