Program Temu Anwar di UTM

Hari ini, 3 September 2023, Program Temu Anwar di UTM. Penuh sesak Dewan Sultan Iskandar (DSI)! Yang tiada tempat duduk, mereka duduk di atas tangga termasuk saya.

Kepada yang masih sangsi dengan Anwar, tidak ada masalah kerana kita tidak boleh membuat seseorang itu suka kepada orang lain… Itu adalah hak masing-masing!

Cuma kalau kita boleh bukakan minda ‘just a little bit’, dan tanya diri kita…

1) Siapa mencadangkan untuk dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)?

2) Siapa yang mencadangkan untuk membuka Perbankan Islam (Bank Islam)?

3) Siapa yang menghapuskan khurafat mandi safar semasa dia menjadi menteri?

4) Siapa yang mempunyai saham untuk menggalakkan wanita dan gadis-gadis Islam bertudung dan lelaki menutup aurat sekitar tahun 1970an?

5) PM manakah mendapat pengiktirafan Raja Brunei sebaik diangkat menjadi PM?

6) PM manakah disapa Erdoğan sebaik dilantik menjadi PM?

7) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang diasaskan di USM yang dipelopori oleh Prof Sukor dan rakan-rakan mengikut model Grameem Bank juga merupakan idea ABIM.

Banyak lagilah kalau kita ingin senaraikan ‘contribution’ Anwar kepada ummah. Antaranya ialah Yayasan Anda iaitu membantu masyarakat yang kurang mampu untuk belajar suatu ketika dahulu.

Kita semua belajar tentang ‘cost benefit analysis’. Cuba senaraikan kosnya pula di sebelah. Mana lagi banyak, kosnya atau benefitnya?

Kepada yang telah tertutup pintu hati, kita dah tidak boleh buat apa-apa lagi. Yang ditanya apa PMX telah buat selama 8 bulan memerintah? Yang perutnya sendu dan hati yang bengkak serta mata yang kabur sahaja bertanyakan soalan yang sebegitu.

Dia tidak nampak, PMX membantu memberi wang kepada pesawah-pesawah, nelayan-nelayan serta melupuskan hutang peneroka-peneroka FELDA. Dia tidak nampak, industri luar berbondong-bondong melabur di Cyberjaya dan seluruh pelusuk Malaysia. Cuma kita minta supaya kestabilan politik ini tidak dihuru-harakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jika ini berlaku maka larilah semua pelabur yang datang!

Biarkan mereka!

PMX juga berjanji tahun 2023 adalah tahun untuk menghapuskan Kemiskinan Tegar iaitu ‘Hard-core Poor’. PMX juga ingin menjadikan semua sekolah-sekolah di Malaysia tiada masalah tandas dan infrastruktur yang lain tersedia sebelum habis tahun 2023.

Kita sebagai kakitangan awam hanya berpihak dan cuba membantu ‘the government of the day’. Bila kerajaan di sebelah sana pula berjaya menjadi kerajaan maka kita akan menyokong penuh kerajaan tersebut.

Hidup Kerajaan Madani!