Menyambut Hari Jadi sudah menjadi lumrah kepada rakyat Malaysia dewasa ini. Dari sekecil-kecil manusia hinggalah ke sebesar-besar insan, baik saiznya mahupun pangkatnya. Orang ramai tidak menilai samaada kecil atau ‘grand’ engkau punya ‘celebration’. Yang penting, ‘there is a day to remember!
Masa saya kecil-kecil dulu, tarikh lahirpun tak ingat. Apatah lagi tarikh lahir mak dan ayah, lagi la tak ingat!
Saya menyambut hari lahir yang ke 59 pada 1 September yang lepas. Sehingga hari ini, masih ada ucapan-ucapan yang dizahirkan oleh kawan-kawan dan taulan baik melalui facebook mahupun whatsApp kepada saya.
Saya merancang untuk pergi melancong ke Batam dengan kawan-kawan satu usrah dari 31 Ogos hingga 2 September tetapi anak-anak pula ingin membuat celebration birthday saya pada 1 September bersama adik beradik mereka yang lain.
Itu yang saya tulis di dalam Facebook sebagai Merayakan Birthday Secara Jamak Takdim, Jamak Takhir serta Tamam pada 1 September 2023.
Meraikan Hari Lahir secara jamak takdim dan jamak takhir serta tamam di bulan September.
Hari lahir ‘Ammar ialah 22 Ogos,
Hari lahir Abah ialah 1 Sept,
Hari lahir Acik ialah 15 Sept dan
Hari lahir Bang Long ialah 23 Sept.
12 orang ahli keluargaku ada bersama dari malam tadi hanya untuk meraikan birthday masing-masing.
Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan usiaku hingga ke hari ini. Jadi sempatlah aku menghayati kehidupan selama 59 tahun yang lalu. Hanya berbaki setahun sebelum aku berpencen pada tahun depan.
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu diatas segala rezeki yang Engkau telah berikan.
Ya Allah, aku memohon keampunan diatas segala kesalahan yang telah aku lakukan.
Ya Allah, aku meminta belas ihsan Mu untuk terus memanjangkan usiaku dalam rahmatMu.
Ya Allah, aku memohon kepada Mu untuk memberi pengakhiran yang terbaik buatku sebelum menemuiMu.
Ya Allah, aku tanpa segan dan silu memohon untuk mendapat Jannatul FirdausMu bersama Rasulullah SAW.
Aamiin, Aamiin, Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.
Berilah kebaikan buat anak-anak menantuku. Aamiin ya Rabb.