Roh telah berjanji dengan Allah

Didalam Alquran Allah telah berfirman yang bermaksud:

 

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau mengambil dari anak cucu Adam dari tulang-tulang sulbi mereka, dan Dia jadikan mereka saksi atas diri mereka sendiri. “Bukankah Aku Tuhan kamu? Semua menjawab: “Memang (bahkan) kami menyaksikan.” Supaya jangan kamu berkata di hari kiamat: “Sesungguhnya kami lalai daripada ini.”

Surah Al-A’raf ayat 172

Maksud ayat ini ialah menerangkan bahawasanya jiwa (roh) murni setiap manusia tidak kira bangsa dan keturunan secara fitrahnya bersih, murni dan belum ada unsur yang mempengaruhinya adalah bertauhid kepada Allah SWT. Setelah ia lahir kedunia sebagai manusia maka ia telah dipengaruhi oleh syaitan yang menjadikan dia orang kufur.  Walaubagaimanapun setiap manusia Allah berikan jiwa asal iaitu bertauhidkan Allah. Maka Rasul diutuskan untuk mengembalikan fitrah tauhid anak Adam.

Setiap manusia akan diberi peluang oleh Allah untuk mendpatkan fitrah tauhid ini dengan pelbagai cara termasuk kemampuan berfikir, maklumat yang diperolehi dan ilham yang baik. Bagi manusia yang memilih untuk kufur mereka menolak fitrah yang dikurniakan Allah ini. Maka di akhirat nanti adakah mereka dapat berhujah tentang kekufuran mereka kerana mereka telahpun diberi pelbagai peluang untuk bertauhid dengan sebenarnya ketika berada di dunia.