Monthly Archives: February 2015

Khemah Latihan tamat hari ini

Assalamu’alaykum dan Salam Sejahtera,

hari ini, para pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Geoinformatik selesai menamatkan khemah latihan 2, yang fokus kepada kutipan data, proses data dan akhirnya, memaparkan data dalam bentuk peta tematik.

data yang diambil merupakan data daripada FRIM. ada yang dicerap sendiri, ada yang diberikan oleh pihak FRIM.

hari ini, saya diberi peluang menjadi salah seorang panel kepada penyampaian daripada pelajar, dan secara dasarnya, mereka semua mampu melaksanakan tugas yang diberi, cuma perlu diperbaiki, terutama dalam pembangunan pangkalan data, supaya minda mereka lebih terbuka dengan maklumat dari luar.

semoga dapat berjumpa lagi dengan mereka dilain kali!

Salam Perkenalan

Assalamu’alaykum dan Salam Sejahtera,

pertama kali menulis untuk blog ini, selamat datang kepada diri sendiri, dan kepada para pembaca.

insyaALLAH akan cuba memanfaatkan penulisan blog untuk diri sendiri, rakan2, masyarakat dan harapnya kepada negara dan agama.

wallahu’alam