Teaching Portfolio

My Teaching Portfolio

Falsafah Pendidikan (My Teaching Philosophy)

Matlamat utama saya adalah untuk melatih dan mendidik pelajar untuk membolehkan mereka berjaya dalam bidang GIS dan Geospatial. Saya juga percaya, setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan mampu mencapai tahap akademik yang lebih baik, dengan sokongan, dorongan dan panduan yang bersesuaian dengan setiap individu pelajar. Cara dan kaedah yang berbeza perlu diterapkan, kerana setiap pelajar mempunyai kemampuan dan cara pemikiran yang tersendiri. Saya perlu melihat dan berfikir dari perspektif pelajar, iaitu apa yang pelajar perlu faham, dan apa kaedah pengajaran yang sesuai untuk kemampuan pelajar yang berbeza ini. Kaedah yang tertumpu kepada Pengajaran berasaskan pelajar (Student Centered Learning), serta mempunyai objektif yang jelas (Objective Based Education) boleh dijadikan asas dalam mengembangkan potensi akademik pelajar dalam memahami, melaksanakan, dan mengintegrasi serta mengaplikasikan teori dan praktikal yang didapati dalam kelas dengan dikaitkan dengan dunia sebenar. Ini boleh dikembangkan dengan perancangan dan pelaksanaan kaedah pembelajaran secara aktif (Active Learning), dengan menggabungkan pelbagai teknik seperti Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning), Pengajaran secara kerjasama (Cooperative Learning), perancangan dan pelaksanaan projek-projek (Project Based Learning), serta lain-lain teknik yang bersesuaian.

Matlamat Pembelajaran Pelajar (Goals of Student Learning)

Setiap Pelajar Mempunyai Peluang Yang Sama Untuk Memahami Apa Yang Setiap Kursus Tawarkan, Serta Dalam Masa Yang Sama, Meningkatkan Kapasiti Pelajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kaedah Pembelajaran Innovatif Yang Lebih Mesra Persekitaran (Friendly Environment Learning), Yang Berasaskan Kepada Kaedah Pembelajaran Aktif (Active Learning), Yang Mengutamakan Pembelajaran Berasaskan Pelajar Membantu Meningkatkan Potensi Pelajar Untuk Memahami Dengan Lebih Baik Berkaitan Topik Yang Dibincangkan Dalam Kelas, Dengan Dibantu-Selia Oleh Pensyarah Sebagai Fasilitator. Dengan Komunikasi Yang Berkesan, Kaedah Pembelajaran Aktif, Tumpuan Pembelajaran Berasaskan Pelajar, Serta Dibantu Teknologi Yang Terkini Dan Pelbagai, Diharapkan Lebih Memudahkan Dan Berkesan Dalam Menyampaikan Ilmu Dan Pengetahuan Kepada Pelajar.

Kepercayaan dan Amalan Penilaian Pelajar

Penilaian Terhadap Pelajar Perlu selaras, iaitu perlu ada penyelarasan konstruktif (constructive alignment) antara learning outcome, learning activities, dan juga assessment task yang diberikan. Ini memastikan penilaian bagi tugasan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan aktiviti pembelajaran (learning activities), agar dapat mencapai hasil pembelajaran (learning outcome) yang telah digariskan pada awal pembelajaran. Penilaian ini perlu Meliputi Aspek Summatif Dan Formatif. Dengan Perlaksanaan Kedua-Dua Aspek Ini, Ia Mampu Menyeimbangkan Tahap Pengetahuan Dan Penguasaan Pelajar Bagi Kursus Yang Ditawarkan. Aspek Summatif Akan Membantu Pelajar Memahami Dengan Lebih Mendalam, Berkaitan Apa Yang Mereka Lakukan Dengan Bantuan Fasiliator (Pensyarah), Dengan Meningkatkan Peranan Pelajar Bersama Rakan-Rakan Sekelas (Peer). Pelajar Perlu Memahami Apa Yang Dikehendaki Daripada Tugasan Atau Soalan Yang Diberikan Kepada Mereka, Dan Diberikan Peluang Untuk Menambahbaik Jawapan Atau Tugasan Yang Telah Diberikan. Penilaian Summatif Juga Mampu Membantu Dalam Meningkatkan Lagi Penilaian Formatif. Penilaian ini perlu dipastikan selaras dengan penyelarasan konstruktif agar pelajar mencapai hasil yang diperlukan.