Tahniah Pemenang IGRASS 2022

Tahniah diucapkan kepada 3 pelajar daripada Geoinformasi yang memenangi pertandingan di IGARSS 2022.

Pertandingan ini iaitu Map Design Competition telah dianjurkan oleh GeoScience and Remote Sensing Society (GRSS), IEEE dengan kerjasama International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS). Simposium ini telah berlangsung pada 17 sehingga 22 Julai 2022, bertempat di KLCC.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Siti Sarah Farhana Ahmad, pelajar Sarjana Sains (Remote Sensing) dengan petanya bertajuk “Global Coronavirus First Lockdown Map”, diikuti pemenang kedua Maisarah Zulkifli, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nuraqeela Ariffin. Kedua-dua pelajar ini adalah pelajar Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) dengan kepujian di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang!