Baru-baru ini selesai mengendalikan sesi ujian untuk para pelajar. Seperti biasa, prosedur operasi standard (SOP) sebelum ujian bermula—semua telefon pintar wajib diletakkan di bahagian hadapan kelas.
Sambil mengawas dewan, sempat juga memerhati “koleksi” telefon yang tersusun di meja depan. Menariknya, daripada casing telefon sahaja sudah boleh nampak bermacam-macam ragam dan personaliti pelajar. Ada yang warna-warni, ada yang sarung tebal macam perisai, ada yang berbentuk unik, dan paling rare—ada juga yang langsung tidak memakai casing! Hati kental betul golongan yang berani pakai telefon bogel macam ini.

Apa pun ragam casing masing-masing, besar harapan agar semua pelajar berjaya menjawab soalan ujian dengan tenang dan baik. Harap-harap keputusannya nanti tidaklah mengecewakan—baik untuk pelajar, mahupun untuk pensyarah yang bakal menanda kertas jawapan! 🤞📝
#LecturerLife #AcademicLife #UTM #ExamSeason #StudentLife #HigherEducation #UniversityLife #TeachingMoments