Adalah amat mudah untuk membuat post dengan WordPress. Ini salah satu daripada kelebihan WordPress – Mudah membuat post.
Untuk membuat post atau artikel, anda hanya perlu klik butang Add New didalam bahagian Posts.
Laman baru yang kelihatan seperti Microsoft Words atau text editor akan muncul. Untuk memulakan post anda, isikan dahulu tajuk besar pada bahagian atas.
Anda boleh memilih antara 2 jenis editor. Pada bahagian kanan selepas ruang untuk tajuk, terdapat dua pilihan: Visual dan Text.
1. Visual View
Visual view membolehkan anda nampak dengan jelas keadaan, susunan dan struktur post anda.
Melainkan anda ingin membuat atau menambah kod tertentu adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat post menggunakan visual view.
Visual view dilengkapi dengan pilihan-pilihan yang biasa anda nampak pada mana-mana text editor seperti bold, italic, center, list, simbol, link, pilihan untuk memasukkan gambar dan sebagainya.
Sebahagian daripada pilihan yang dinyatakan diatas mungkin tersembunyi, untuk melihat semua pilihan tersebut klik ikon Toolbar Toogle yang terletak pada bahagian ikon paling hujung sebelah kanan.
2. Text View
Text view adalah untuk mereka yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam apa-apa kod yang berkaitan dengan pembinaan laman web seperti html, css dan javascript.
Anda boleh melihat perbezaan antara visual view dan text view dalam gambar berikut:
Kembali ke struktur utama New Post, pada bahagian kanan anda terdapat beberapa butang penting termasuk Screen Option, Publish, Format, Categories, Tags dan Featured Image.