Cara Buat Post

Adalah amat mudah untuk membuat post dengan WordPress. Ini salah satu daripada kelebihan WordPress – Mudah membuat post.

Untuk membuat post atau artikel, anda hanya perlu klik butang Add New didalam bahagian Posts.

Membuat post baru dalam wordpress

Laman baru yang kelihatan seperti Microsoft Words atau text editor akan muncul. Untuk memulakan post anda, isikan dahulu tajuk besar pada bahagian atas.

bentuk post editor pada wordpress

Anda boleh memilih antara 2 jenis editor.  Pada bahagian kanan selepas ruang untuk tajuk, terdapat dua pilihan: Visual dan Text.

1. Visual View

Visual view membolehkan anda nampak dengan jelas keadaan, susunan dan struktur post anda.

Melainkan anda ingin membuat atau menambah kod tertentu adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat post menggunakan visual view.

Visual view dilengkapi dengan pilihan-pilihan yang biasa anda nampak pada mana-mana text editor seperti bold, italic, center, list, simbol, link, pilihan untuk memasukkan gambar dan sebagainya.

Sebahagian daripada pilihan yang dinyatakan diatas mungkin tersembunyi, untuk melihat semua pilihan tersebut klik ikon Toolbar Toogle yang terletak pada bahagian ikon paling hujung sebelah kanan.

wordpress editor toolbar toogle

2. Text View

Text view adalah untuk mereka yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam apa-apa kod yang berkaitan dengan pembinaan laman web seperti html, css dan javascript.

Anda boleh melihat perbezaan antara visual view dan text view dalam gambar berikut:

visual view dalam wordpress
Visual view untuk post dalam WordPress
text view dalam wordpress
Post yang sama dalam text view

Kembali ke struktur utama New Post,  pada bahagian kanan anda terdapat beberapa butang penting termasuk Screen Option, Publish, Format, Categories, Tags dan Featured Image.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *