Setting Utama WordPress

Perkara utama yang perlu anda ketahui adalah bahagian setting atau tetapan. Pilihan untuk mengakses setting terletak pada bahagian kanan.

wordpress bahagian setting

Asalnya, jika anda belum memasang apa-apa plugin, bahagian setting terbahagi kepada 6 bahagian iaitu General, Writing, Reading, Discussion, Media dan Permalink.

Berikut merupakan sedikit penerangan untuk bahagian-bahagian setting tersebut.

  • General: Tempat untuk mengubah url utama, tetapan zon masa, tajuk (title) dan juga penerangan ringkas laman web anda.
  • Writing: Pada bahagian ini anda boelh mengubah tetapan untuk kategori asal untuk post anda. Jika anda ingin menulis post melalui email anda juga boleh menetapkan setting di sini.
  • Reading: Disini anda boleh memilih bagaimana laman utama anda, sama ada anda memilih kumpulan terbaru post anda sebagai laman utama atau menetapkan satu page khas untuk laman utama.
  • Discussion: Tetapan berkaitan dengan komen.
  • Media: Dalam bahagian ini anda boleh mengubah saiz image dan memilih bagaimana anda mahu fail anda disusun.
  • Permalinks: Bahagian ini membolehkan anda menetapkan stuktur url untuk post anda.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *