Bahan-bahan Untuk Puding
- roti 6-7 keping(koyakkan dan susun dalam bekas loyang atau apa-apa bekas yang sesuai)
- Susu segar dutch lady 450ml*
- Gula 100gram(anggaran 3sb)*
- Telur 5 biji*
Cara-cara :
#1 Masak sekejap bahan bertanda * Bagi suam suam kuku je.. jangan sampai didih yer
#2 Sudah suam tu tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
#3 Tekan-tekan sedikit roti biar tenggelam dlm ssu.
#4 Bakar dalam oven secara water bath untuk dapatkan tekstur puding roti yang lembut gebu. Suhu adalah 175°C selama lebih kurang 35-40minit.
#5 Selepas bakar masukkan ke dalam peti ais.
Bahan-bahan Sos Mabelesss:
- susu cair 1 tin
- 2 biji kuning telur (amik kuningnya sahaja)
- gula perang 3 sudu
- tepung jagung 1sudu kecil (sikit je) bancuh dengan 1sudu air
- tepung kastard 1 sudu besar utk warna dan rasa
Cara-cara :
#1 Masak susu cair atas api.
#2 Sudah panas ckit masukkan tepung jagung, tepung kastard n telur kuning yang dibancuh dengan gula perang tadi.
#3 Kacau sampai pekat sedikit. Tutup api dan masukkan dalam peti ais bagi sejuk . SIAP !
Selamat mencuba