Resepi Dessert Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cup plastik
  • Sagu
  • Pati sirap
  • Gula merah
  • Susu cair (yang terdapat dalam tin)

Cara membuat buat:

#1 Masak air gula merah

Agak-agak sendiri sahaja banyak mana diperlukan.Jika hendak buat banyak, masaklah banyak. Tetapi kalau hendak buat setakat 4-5cup, 5 senduk cukup mencukupi.

Masak ia sampai mdidih sehinggalah sampai tiada ketul-ketulan gula merah. Pastikan sampai pekat. Sudah mendidih, nampk pekat, likat, biar ianya sebentar dalam 15minit.

Agak sejuk sikit, tuang sikit dalam cup plastik tu. Jangan banyak sangat.

#2 Masak sagu

Sagu ni masak macam nak buat kuih sagu tu.Haha. Didihkan air dulu, lepas tu bubuh pati sirap. Setelah air tadi sudah membuak-buak, lepas tu masukkan sagu. Kacau dalam seminit dua. Tutup api dapur. Sudah agak kembang sagu tu, tuang sahaja terus dalam cup yang diisi air gula merah tadi.

#3 Simpan

Dah siap, bagi semua benda tersebut sejuk dahulu, baru tuang susu cair. Tutup cup tadi, lepas tu letak dalam peti ais.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *