Resepi Puding Roti Kastard

Bahan-bahan Untuk Puding

  • roti 6-7 keping(koyakkan dan susun dalam bekas loyang atau apa-apa bekas yang sesuai)
  • Susu segar dutch lady 450ml*
  • Gula 100gram(anggaran 3sb)*
  • Telur 5 biji*

Cara-cara :

#1 Masak sekejap bahan bertanda * Bagi suam suam kuku je.. jangan sampai didih yer

#2 Sudah suam tu tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi

#3 Tekan-tekan sedikit roti biar tenggelam dlm ssu.

#4 Bakar dalam oven secara water bath untuk dapatkan tekstur puding roti yang lembut gebu. Suhu adalah 175°C selama lebih kurang 35-40minit.

#5 Selepas bakar masukkan ke dalam peti ais.

Bahan-bahan Sos Mabelesss:

  • susu cair 1 tin
  • 2 biji kuning telur (amik kuningnya sahaja)
  • gula perang 3 sudu
  • tepung jagung 1sudu kecil (sikit je) bancuh dengan 1sudu air
  • tepung kastard 1 sudu besar utk warna dan rasa

Cara-cara :

#1 Masak susu cair atas api.

#2 Sudah panas ckit masukkan tepung jagung, tepung kastard n telur kuning yang dibancuh dengan gula perang tadi.

#3 Kacau sampai pekat sedikit. Tutup api dan masukkan dalam peti ais bagi sejuk . SIAP !

Selamat mencuba

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *