Pahala Percuma

Kuliah maghrib diantara waktu maghrib dan isya’ di Masjid Sultan Iskandar (MSI), Bandar Dato Onn (BDO) malam tadi.

Di MSI, boleh dikatakan setiap malam ada Kuliah Maghrib. Begitu juga Kuliah Subuh! Boleh dikatakan setiap hari ada. Cuma kalau ada dikalangan Ustaz yang tidak hadir maka slot tersebut akan digantikan dengan bacaan al-Ma’tsurat.

Jadi kita ni antara hendak dan tidak aje…

Yang penting jangan lupa untuk niat beriktikaf dalam Masjid.

Ada niat ada pahala dan tak ada niat tiada pahala…

Begitulah kehidupan kita, semuanya berasaskan niat. Innamal ‘amaalu binniat!

Kursus Ar-Rahnu

Hari pertama Kursus Ar-Rahnu di Aras 11, Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Bilangan peserta tak ramai, hanya 8 orang. Kita berkursus dari 12 hingga 14 September 2023. Kami 4 orang mewakili Koperasi UTM Berhad (KUTMB). Hanya tinggal 2 … [Continue reading]

Majlis Perpisahan ALK Lama

Majlis Perpisahan atau 'Farewell' kepada mantan ALK Koperasi UTM Berhad. 2 orang bekas ALK adalah Tn. Hj. Dahari Derani dan En. Jaffrey Samsul Bahrin yang tamat tempoh pada tahun ini. Majlis ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor … [Continue reading]

Program Temu Anwar di UTM

Hari ini, 3 September 2023, Program Temu Anwar di UTM. Penuh sesak Dewan Sultan Iskandar (DSI)! Yang tiada tempat duduk, mereka duduk di atas tangga termasuk saya. Kepada yang masih sangsi dengan Anwar, tidak ada masalah kerana kita tidak boleh … [Continue reading]

Selamat Hari Jadi

Menyambut Hari Jadi sudah menjadi lumrah kepada rakyat Malaysia dewasa ini. Dari sekecil-kecil manusia hinggalah ke sebesar-besar insan, baik saiznya mahupun pangkatnya. Orang ramai tidak menilai samaada kecil atau 'grand' engkau punya 'celebration'. … [Continue reading]

Belajar Dengan Guru Mahir

Banyak perkara yang kita buat tetapi tidak bermakna kita yang paling mahir atau pakar dalam bidang tersebut. Beberapa minggu lepas, saya membuat kelas webometric untuk kawan-kawan yang ada masa untuk mendengar celoteh saya. Ada dalam 13 orang yang … [Continue reading]

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Melihat tayangan langsung pagi ini di TV1 berkenaan Sambutan Hari Kemerdekaan amat seronok sekali kerana kita masih menyanjung pejuang-pejuang kemerdekaan. Walaupun pengibaran Jalur Gemilang tidak serancak dulu-dulu, … [Continue reading]

Memerangi Rasuah

PMX melaung-laungkan supaya kita melawan anasir jahat rasuah. Dari dulu lagi semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau begitu menegaskan untuk melawan rasuah. Sekarang apatah lagi setelah menjadi orang nombor 1 negara... Kita semua … [Continue reading]

Hubungan Anak Dan Ayah

Beberapa perkara yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ini... Mungkin ia sebagai ulasan atau ia sebagai pengajaran. Yang pertama, saya hormat Dan kerana melayani ayahnya, Ed dengan begitu baik sekali. Tidak dilayan seperti budak-budak tetapi … [Continue reading]

Fikir-fikirkanlah…

Dimana level pertimbangan kita? Bolehkah kita berfikir dan membuat keputusan sendiri? Atau kita masih berharap orang lain untuk berfikir dan membuat keputusan untuk kita? Kadang-kadang pada hemat saya, ia lebih cenderung untuk menyatakan bahawa … [Continue reading]