Bagaimana membantu Kanak Kanak mematuhi SOP

Rasminya sesi persekolahan telah bermula semula pada 15 julai & 22 Julai ini. Ianya melibatkan ribuan pelajar termasuk pelajar peringkat rendah, menengah dan PRA sekolah juga. Namun terdapat ibu bapa yang masih panik dengan pengumuman ini, kerana kebimbangan mereka terhadap pandemik COVID 19. Kebimbangan mereka terutamanya bagi kanak-kanak peringkat rendah (Tahun 1-Tahun 3) dan PRA sekolah (5-6 Tahun)

Terdapat beberapa prosedur Modifikasi tingkahlaku yang boleh digunakan oleh ibu/bapa dan guru-guru untuk membantu kanak-kanak peringkat rendah dan PRA sekolah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah prosedurnya:

  1. Memberi Instruction atau arahan yang jelas- Guru dan Ibu Bapa menjelaskan bahawa pemakaian pelitup muka (face mask) adalah sangat membantu bagi pencegahan penyebaran virus. Kedua penjelasan bagaimana penjarakkan sosial (social distancing) adalah sangat perlu bagi mencegah jangkitan. Ayat apa yang perlu dibuat dan kebaikannya perlu digabungkan. Ini kerana kanak-kanak akan mudah mengingati kesan atau akibat (samada positif atau negatif) daripa sesuatu tindakan. Ibu bapa juga perlu membekalkan mask, hand sanitizer, tisu basah kepada pelajar. Ibu bapa disarankan memberitahu dan menunjukkan peralatan yang dibekalkan. Skrip yang boleh digunakan seperti ” Ibu letakkan mask disini bersama tisu basah dan hand sanitizer adik mesti menggunakannya, barang-barang ini sangat baik dan boleh membantu adik dari jangkitan COVID 19.”
  2. Guru dan Ibu Bapa boleh melakukan Role Play bagi memastikan kanak-kanak boleh memahami dan mengaplikasikan cara pemakaian pelitup muka yang betul. Ambil masa sekurang-kurangnya 3 minit untuk menjelaskan bagaimana cara pemakaian pelitup yang betul. Dalam masa yang sama boleh dijelaskan juga tatacara untuk membuangnya. Role play juga boleh digunakan untuk menunjukkan cara bagaimana cara atau teknik yang betul untuk mencuci tangan, bersalaman tanpa bersentuhan dan jarak yang selamat untuk berbual-bual dengan rakan. Dalam prinsip ini guru-guru atau ibu bapa boleh menggunakan intonasi dan pergerakan yang seakan-akan sedang melakonkan satu watak. Intonasi yang menarik akan menarik perhatian kanak-kanak. Kanak-kanak akan menggunakan deria dengar dan lihat (auditory dan vision)  dalam proses memahami role play ini.
  3. Ibu-bapa dan guru-guru juga boleh menggunakan konsep rehearsal. Konsep ini membolehkan pelajar menunjukkan semula apa yang telah diberitahu dalam proses memberi instruction (Peringkat 1) dan Role Play (peringkat 2). Motivasikan anak-anak dengan memberi peluang kepada mereka menunjukkan cara pemakaian pelitup muka dengan betul, bersalaman tanpa bersentuhan, cara mencuci tangan dan jarak yang selamat semasa berbual. Ibu bapa dan guru boleh memberikan pujian – pujian kepada kanak-kanak sebagai reward untuk mereka.
  4. Akhir sekali berikan maklumbalas atau feedback untuk apa yang telah kanak-kanak ini lakukan.  Di akhir sesi persekolahan guru-guru boleh ucapkan tahniah kerana mematuhi SOP. Paling bagus guru menyebut nama kelas- contoh ”  Pelajar kelas 5 Hassin tahniah anda mematuhi SOP yang telah ditetapkan”. Oleh itu maklumbalas atau feedback ini akan memberi kesan kepada perasaan (feeling) kanak-kanak. Mereka akan rasa puas hati dan bangga. Oleh itu meraka akan merasa gembira untuk mematuhi SOP dalam tempoh PKP walaupun mereka menjalani persekolahan seperti biasa.

 

Speak Your Mind

*