AKRI 2019

Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2019, telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching pada pada 12 September lalu di Hotel The Everly Putrajaya.

Anugerah Khas ini merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyemarakkan budaya inovasi melalui pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan tinggi Malaysia. Melalui anugerah ini, dapat mengenal pasti serta memberi pengiktirafan kepada inisiatif terbaik melalui projek-projek yang dilaksanakan oleh para akademik di peringkat institusi atau individu.

Syukur, menerusi projek bertajuk ‘Penguasaan Kemahiran Generik dan Pemikiran Reflektif Pelajar Menerusi Pembelajaran Servis Berdasarkan Strategi Pembelajaran Autentik ( K-GenRe PSA ), telah dipilih sebagai Finalis. Pengalaman sesi pembentangan Finalis di AKRI 2019 telah memberi pengalaman baik untuk kami terus mencuba dan memberi sumbangan kepada komuniti. Ins Sya Allah …

https://youtu.be/WkqE3oAliKA